Thursday, 13 November 2014

Tandatangan Perjanjian

Tandatangan perjanjian bina rumah telah diadakan pada 14/11/2014 iaitu Hari Jumaat. Perjanjian di ditandatangani  di pejabat pemaju perumahan pukul 12.30 tgh.Perjanjian ini ditandatangani antara pemilik dengan pemaju perumahan Wawasan  Intect.

Bayaran 30 peratus dilunaskan  melalui cek bank (Am Bank ). Jumlah amount RM 70,900.00 diserahkan kepada eguam di pejabat Bemban, Melaka.


Proses seterusnya  ialah perbincangan dengan  pemaju mengenai  item-item yang akan digunakan semasa pembinaan rumah. Perbincangan item  bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pukul 5.30 petang.

Antara item yang diubincangkan ialah pintu rumah. pelan rumah, bahan binaan, longkang, fasa kerja dan sebagainya


Pemaju berjanji akan memulakan prohek seawal  bulan Disember 2014. Projek dakan dimulakan di kawasan projek di Ayer Molek.



Genting yang digunakan

Pelbagai jenis genting yang ditawarkan

Dample yang digunakan untuk  perbincangan mengenai item yang dibincangkan

Jenis pintu yang dipilih

Jenis pintu yang ditawarkan


Selepas sebulan Menunggu
Tarikh : 19/12/2014

Selepas sebulan pembayaran telah dibuat pihak pemaju masih gagal menunaikan janjinya. Dulu kata, bayaran kena buat dulu. Bila dah bayar, sehingga sekarang masih belum buat lagi. Sebiji pasir pun belum ada di tapak projek rumah yang nak aku buat. Sebanyak RM70,900.00 dah bagi, apa yang mengecewakan, masih tak buat apa-apa.

Pelbagai alasan diberi, hujanlah, projek kat depan Shell Duyung belum siaplah, lepas ni nak buat projek kat AMJ dululah...dan macam-macam lagi alasan Wawasan Intact berikan.

Masa belum bayar dan tandatangan perjanjian dulu kata projek boleh mula awal bulan Ogos 2014. Baru-baru ni pemaju kata awal Jan 2015 baru nak mula. Ini bermakna 5 bulan terpaksa tunggu Wawasan Intech mulakan projek. Itu pun belum pasti. Yang amat mengecewakan lagi, pemaju tak pernah contact aku. Aku terpaksa berkali-kali kena cotact pemaju.Itu pun payah nak dapat.Kadang-kadang dapat, kadang tak. Bila aku desak bila nak mula projek,  Onn selaku pegawai pemasaran suruh aku contact supetvisor pulak. Macam aku ni pengemis. Padahal aku bayar pada dia.

Pemaju kata, perjanjian ikut macam perjanjian jual beli dengan kerajaan Tapi perlaksanaannya tak pun macam tu. Aku perhstikan, perlaksanaanya berat sebelah.

Aku ibaratkan Wawasan Intech punya strategi pemasaran macam orang nak tukar tayar. Bila kita masuk kedainya, dia akan layan bukan main manis lagi. Semua yang kita minta boleh. Tapi bila dah setuju,  dia akan buka tayar tu macam nak siap cepat. Bila dah buka tayar, nah terima kau...tunggulah sampai satu hari,  belum tentu  dibuatnya.

Aku nak tengok sejauh mana Wawasan Intech menepati janjinya. Sekurang-kurangnya blog yang aku tulis ni boleh dijadikan panduan orang lain lebih berhati-hati untuk berurusan dengan pemaju seperti ni.



Hari ni 19/12/2014 (Jumaat) aku ke pejabat Wawasan Intact. Onn pegawai pemasaran ada kat outsite. Aku cuma dapat berhubung dengannya melalui telefon dengan bantuan stafnya. Aku diminta menghubungi supervisor yang bernama Wee. Supervisor yang dulu bernama Yong. Tak tahu yang mana satu yg bertanggungjawab dgn projek ni.


4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamaualaikum,,,,

    Mana2 kontraktor pun sama...sbm dpt duit janji bukan main manis lagi. Dah dpt duit kita.....kita pulak jadi peminta sedekah kat dia. Kena telefon hari2.

    Fed up nak layan kerenah kontraktor.

    ReplyDelete
  4. Assalamaualaikum,,,,

    Mana2 kontraktor pun sama...sbm dpt duit janji bukan main manis lagi. Dah dpt duit kita.....kita pulak jadi peminta sedekah kat dia. Kena telefon hari2.

    Fed up nak layan kerenah kontraktor.

    ReplyDelete